Kebaikan Vitamin B Complex Untuk Kecantikan Kulit

Kebaikan vitamin B Complex untuk kecantikan kulit. Vitamin B adalah kumpulan larut air dan tubuh badan tak boleh menyimpannya. Sebab itulah anda perlu mengambilnya dari sumber makanan dan suplemen. Vitamin B mempunyai 8 jenis kesemuanya dan setiap satunya penting untuk kesihatan badan termasuk kulit, saraf, kuku dan rambut.

Kebaikan Vitamin B Complex untuk kulit cantik

Kebaikan Vitamin B Complex Untuk Kecantikan Kulit

Untuk lebih jelas, Gee akan kongsikan fungsi setiap jenis vitamin B untuk kecantikan kulit dan bagaimana ia membantu kulit anda.

1. Vitamin B1 (Thiamin) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Vitamin B1 atau Thiamin juga dikenali sebagai anti-stress vitamin. Ia juga membantu menukar glukosa kepada tenaga, menyembuhkan luka dan menenangkan sistem saraf. Jadi ia amat penting untuk membantu masalah kulit berjerawat atau rosak dan naik jerawat.

Vitamin B1 juga penting untuk melancarkan perjalanan darah. Apabila aliran darah lancar, nutrisi dan oksigen akan dialirkan ke selurul sel tubuh badan termasuk sel kulit. Kesannya, sel kulit dapat menghasilkan sel lebih sihat dan nampak muda!


2. Vitamin B2 (Riboflavin) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Kulit nampak cepat menua? Anda perlukan vitamin B2 atau Riboflavin untuk menggalakan penghasilan semula sel kulit termasuk mengekalkan tahap kolagen supaya kulit kekal sihat, muda dan gebu. Vitamin B2 juga penting dalam membantu menyeimbangkan minyak dalam kulit untuk mengelak kulit kering.


3. Vitamin B3 (Niacin atau Niacinamide) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Vitamin B3 pula penting untuk meningkatkan pertahanan kulit, melembapkan dan menyuburkan kulit dan ia sangat digalakkan jika kulit anda jenis kering. Jika ada kulit eczema, sensitif dan rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari boleh dirawat dengan mengambil Niacinamide setiap hari.

Vitamin B3 juga banyak digunakan untuk melambatkan penuaan kulit (anti-ageing) dalam rangkaian produk skincare untuk merawat masalah kedutan dan garis halus. Niacinamide juga membantu membetulkan perubahan warna dan tompok gelap yang membuatkan kulit kelihatan tidak sekata dan tak licin.

4. Vitamin B5 (asid Pantotenik) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Mempunyai fungsi yang hampir sama seperti madu, vitamin B5 penting untuk kulit kekal elastik dan kekal lembap. Asid Pantotenik juga penting untuk menghalang jerawat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit. Jika anda inginkan kulit kekal lembap, cukup hidrat dan nampak muda jangan tinggalkan vitamin B5 ini. 


5. Vitamin B6 (Pyridoxine) untuk kulit 

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Vitamin B6 penting untuk mengeluarkan serotonin atau hormon gembira dalam badan dan ia sering membantu mengawal stress. Stress, anxiety, kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada badan dan kulit seperti kulit naik jerawat, kering, kulit kusam dan mengurangkan penghasilan baru sel kulit. Lepas ini jangan tinggalkan vitamin B6 untuk kulit sihat dan mengawal stress dalam badan!


6. Vitamin B7 (Biotin) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Jika anda ada masalah kulit kering, kulit menggelupas atau rambut kering dan kuku rapuh biasanya badan kurang vitamin B7. Biotin penting untuk membekalkan asid lemak penting kepada kulit, menghalang kerosakan sel dan menghalang kekurangan air dalam kulit untuk membantu kulit kekal lembap, anjal dan gebu. 

Vitamin B7 juga menghalang keradangan yang boleh membawa kepada kulit jerawat, gatal-gatal dan jangkitan kulat. Vitamin B7 boleh didapati dalam telur, sardin, kentang, kacang almond, tomato, bawang merah. 


7. Vitamin B9 (Asid folik) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Biasanya asid folik sering digalakkan untuk wanita hamil. Tapi sebenarnya ada banyak juga kebaikan vitamin B9 ini untuk kulit. Paling utama, asid folik bertindak sebagai antiksidan untuk menggalak penghasilan semula kulit dan melawan radikal bebas. Asid folik juga membantu mengurangkan tanda penuaan dan membantu kulit lebih anjal dan tona sekata. 


8. Vitamin B12 (Cobalamin) untuk kulit

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit

Vitamin B12 pula bagus untuk yang ada masalah kulit eczema, psoriasis, kulit kering, gatal kemerahan, dan juga jerawat. Ia membantu meningkatkan penghasilan semula sel kulit dan menggalak penyembuhan segera masalah kulit. Vitamin B12 satunya jenis vitamin B yang didapati dari sumber haiwan seperti telur, ikan, daging. Tapi untuk vegetarian anda boleh mendapatkannya dari suplemen vitamin B Complex.


FAQ Vitamin B Complex

Soalan: Adakah vitamin B Complex mencantikkan kulit saya?

Jawapan: Vitamin B Complex membantu menghasilkan semula sel kulit baru dan sihat di dalam badan dan ini akan meningkatkan tekstur kulit dan rambut.

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit


Soalan: Adakah selamat untuk mengambil vitamin B setiap hari?

Jawapan: Kebanyakan vitamin B banyak terdapat di dalam makanan setiap hari. Dan vitamin B juga vitamin larut air, makan ia selamat untuk dimakan setiap hari termasuk yang mengambil suplemen. Pastikan anda memilih suplemen yang selamat dan semulajadi.

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit


Soalan: Apa akan berlaku jika kekurangan Vitamin B Complex?

Jawapan: Kekurangan vitamin B boleh memberi kesan kepada badan dan kulit anda. Depersi, demensia, perubahan tingkah laku, kuku dan rambut yang kering, kulit menggelupas antara tanda-tanda badan kurang vitamin B.

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit



Suplemen vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit 

Suplemen vitamin B yang lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B dalam satu tablet. Lebih mudah diambil setiap hari dalam dos yang sesuai dengan badan anda. Jika ada masalah kulit dan sedang mencari suplemen vitamin B? 

Vitamin B Complex Shaklee Untuk Kulit


Vitamin B Complex dari Shaklee ini sesuai buat anda semua! Sebotol ada 120 tablet dan tahan hingga 4 bulan kegunaan. Semua orang boleh makan. 

Harga Pasaran = RM 58.75 sebotol





Artikel berkaitan:

Post a Comment

3 Comments