10 Kesan Buruk Kurang Tidur Yang Berbahaya Jika Dibiarkan!


10 Kesan Buruk Kurang Tidur Yang Berbahaya Jika Dibiarkan!


Kesan Buruk Kurang Tidur
Kesan Buruk Kurang Tidur

Ramai daripada kita harini banyak bergantung pada alarm untuk bangum dari tidur waktu pagi.

Tapi tahu tak? Sebenarnya alarm kita guna itu juga punca yang boleh menganggu kualiti tidur. Malah telefon pintar kita guna juga boleh menganggu. Menurut penyelidik dari Universiti Harvard, cahaya biru dari telefon pintar kita boleh menganggu jadual tidur hingga 3 jam. Perasan tak? Bila nak tidur kita tengok telefon pintar dulu kemudian dah macam-macam benda kita tengok terus lewat masa nak tidur kan?

Kesannya waktu tidur terjejas dan tak cukup. Maka banyak benda yang terjejas. Apakah kesan buruk kurang tidur?

10 Kesan Buruk Kurang Tidur Yang Berbahaya Jika Dibiarkan!

1- Susah beri tumpuan
Menurut National Sleep Foundation, jika tidur kita kurang 6 jam nanti berisiko untuk terbabit dalam kemalangan 3 kali ganda! Bahaya ni😱

2- Sukar kawal emosi
Bila tak cukup tidur terutama yang ada insomnia, mereka ni akan berisiko 10 kali untuk dapat kemurungan. Ini berlaku sebab pusat emosi dalam otak akan lebih reaktif bila kurang tidur!

3- Mudah lupa
Jika kurang tidur boleh menjejaskan motivasi, penilaian dan tanggapan pada sesuatu. Terutama jika belajar boleh menurunkan / menjejaskan penilaian terhadap sesuatu.

4- Rasa nak makan lebih!
Mereka yang kurang tidur biasa akan makan lebih banyak dari biasa!

5- Risiko dapat penyakit
Bila kurang waktu tidur juga boleh dapat risiko penyakit diabetes, stroke, hipertensi dan jantung.

6- Kesihatan otak terjejas
Kurang dari 8 jam tidur sehari boleh menyebabkan kehilangan tisu otak dengam cara mencetuskan proses kemerosotan saraf.

Satu kajian di Universiti Sweeden mendapati, individu yang tak tidur semalaman boleh berdepan risiko kerosakan otak sama seperti kesan dipukul di kepala.



7- Risiko selsema dan virus lain
Bila kurang tidur boleh melemahkan sistem imun badan. Mereka yang tidur kurang 7 jam sehari boleh berisiko 4 kali ganda untuk kena selsema.

8- Risiko kanser
Kurang tidur juga boleh bawa kepada risiko untuk dapat kanser seperti kanser payudara, prostat dan kolorektum.

9- Risiko mandul
Berdasarkan kajian, mereka yang kurang tidur atau ada masalah tidur mempunyai masalah kekurangan sperma 29 peratus kurang daripada purata.

10- Kulit cepat menua!
Kekurangan tidur juga boleh menganggu kesihatan kulit! Kulit jadi kurang anjal, muncul garisan halus termasuk mata merah dan sembap!
(Atasi mata sembap degan krim mata terbaik di sini, Youth Eye Treatment)



Banyak keburukan bila kurang tidur. Jagalah waktu tidur dengan baik. Sebaiknya cuba bentuk tabiat tidur yang baik untuk dapatkan tidur yang berkualiti!

Satu tips mudah Gee boleh kongsikan ialah mengambil kalsium, vitamin D dan magnesium bagi mudah tidur dan tidur lebih lena. Boleh baca kat sini, pengalaman sendiri Ostematrix.


Moga bermanfaat. Boleh kongsikan untuk manfaat bersama😃.


Info kredit: iSihat




Post a Comment

0 Comments