Oct 16, 2018

Punca Dan Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat & Berkesan


Apakah Punca dan Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat Dan Berkesan?

Punca dan Cara Hilangkan Eyebag

Mesti ramai yang nak tahu kan cara nak hilangkan eyebag kat mata? Entri kalini saya akan kongsikan cara-cara untuk menghilangkan eyebag dengan cepat dan berkesan. Sebelum saya kongsikan cara-cara, kita kena tahu apa punca eyebag ini terjadi.

Eyebag ni ada banyak gelaran dia, ada yang gelar lingkaran hitam bawah mata panda.

Apa Punca Eyebag atau Mata Panda?
  • Umur - bila makin bertambah umur kolagen dalam badan makin kurang termasuk di sekitar mata. Jadi ia akan lebih senang jadi gelap dan nampak macam lebam di bawah mata. Itu yang kita gelar eyebag.
  • Tak cukup tidur - perasan tak bila tak cukup tidur atau tidur lewat mata jadi lebam dan bengkak. 
  • Genetik - mak ayah kita mungkin ada juga eyebag / lingkaran hitam. Boleh cuba cek nanti.
  • Gatal pada sekitar mata ( kerap menggosok dengan kasar).
  • Tidak membersihkan sisa makeup pada sekitar mata dengan bersih.
  • Terlebih tidur.
  • Banyak menghadap cahaya pada laptop atau pc. Mata jadi letih dan tak cukup rehat maka jadilah lebam.


Bila dah tahu punca maka senanglah kita nak merawat atau menghilangkan eyebag kat mata dengan lebih cepat dan berkesan. Apa cara-cara dia?

13 Cara Menghilangkan Eyebag Di Mata Dengan Cepat & Berkesan 

Cara #1 Hilangkan Eyebag: Posisi Tidur 
Waktu tidur guna bantal lebih untuk menaikkan kepala anda. Ini untuk membantu mengelak pembentukan cecair bawah mata yang boleh sebabkan eyebag.

Cara #2 Hilangkan Eyebag: Tidur Cukup
Tip ni sangat mudah. Dapatkan tidur yang cukup 6-8 jam atau 'beauty sleep'.

Cara #3 Hilangkan Eyebag: Buang Makeup sebelum tidur 
Membersih atau membuang sisa makeup sebelum tidur sangat penting. Bukan saja untuk mengelak jerawat naik dan kulit 'breakouts' tapi untuk mengelak mata berair dan bengkak. Sisa makeup yang tidak dibersihkan pada kulit sebelum tidur boleh mendedahkan kulit kepada radikal bebas (yang banyak menyebabkan penuaan dan kerosakan pada kulit). Jika nak membersihkan sisa makeup yang nipis boleh guna Youth Luminous Gel Oil Cleanser atau makeup yang terbal boleh guna " oil cleansing makeup remover ".

Cara #4 Hilangkan Eyebag: Berhati-hati dengan sinar matahari / sinar UV
Apabila banyak terdedah kepada sinar UV matahari boleh mempercepatkan proses penuaan termasuk kedutan dan garis halus sekitar mata. Anda boleh guna krim pelindung matahari Age Defense Mousturizer dengan SPF 50, guna payung dan topi bila berada di luar bagi melindung muka kita dari sinar UV matahari yang berbahaya dan memeliharan kulit sekitar mata dari berkedut dan menjadi hitam.

Cara #5 Hilangkan Eyebag: Gunakan krim mata
Pilih krim mata yang sesuai dan berkesan untuk membantu mengurangkan masalah eyebag, mata panda, kedutan sekitara mata, mata sembap dan juga kedutan di sisi luar lipatan mata. Boleh cuba guna Youth Eye Treatment yang terbukti berkesan membantu mengurangkan masa berkaitan mata anda. Kesan seawal 7 hari!

Youth Eye Treatment

Yang menariknya Youth Eye Treatment  ini ada 'cooling tip' yang akan membantu merangsang peredaran mikro bagi mengekalkan mata yang segar, mengurangkan mata sembap dan mengurangkan kemerahan di bawah mata.

Cara #6 Hilangkan Eyebag: Gunakan timun
Cuba letakkan hirisan timun di mata selama 15-20 minit atau lebih. Selain memberikan rasa sejuk dan segar pada mata, ia juga boleh mengurangkan eyebag serta merawat masalah radang / bengkak pada kelopak mata.



Cara #7 Hilangkan Eyebag: Gunakan kentang
Selain timun, anda juga boleh meletakkan hirisan kentang pada mata dan boarkan selama 20 minit.

Cara #8 Hilangkan Eyebag: Gunakan uncang teh
Cara ni paling femes dan ramai guna untuk kurangkan eyebag atau mata sembap. Boleh pilih untuk guna teh hijau sebab dia tinggi antioksidan. Sebelum meletakkan uncang teh pada mata boleh sejukkan dulu uncang teh dalam peti sejuk.

Cara  #9 Hilangkan Eyeba: Rajin minum air kosong
Tahu tak lebih 60 peratus berat tubuh kita adalah air. Dehidrasi boleh menyebabkan masalah eyebag.

Cara  #10 Hilangkan Eyebag: Berhenti merokok! 
Tahukah anda? Merokok boleh melemahkan sistem pertahanan kulit di wajah dan badan. Merokok juga akan menyebabkan penuaan pramatang terutama di sekitar mata. Ini disebabkan rokok mengandungi banyak toksik dan boleh merengsakan mata, dan ini yang akan menyebabkan eyebag atau lingkaran hitam dan kedutan di mata.

Cara #11 Hilangkan Eyebag: Ambil kolagen
Kolagen banyak terdapat di badan kita termasuk kulit, otot, tulang dan tendon. Bila cukup kolagen, kulit lebih anjal dan kuat serta dapat menggantikan sel kulit mati dengan sel baru yang sihat. Tetapi bila makin berumur kolagen dalam badan berkurang pulak! Salah satu tanda badan kurang kolagen ialah eyebag dan kedutan.

Lepas ni rajin-rajinlah amik makanan dan suplemen ada kolagen. Boleh cuba collagen booster, Collagen Powder atau Vitamin C yang juga membantu dalam penghasilan kolagen.

Cara #12 Hilangkan Eyebag: Ambil makanan zat besi
Kurang zat besi atau anemia ialah keadaan di mana darah kita kurang sel darah merah. Sel-sel ini yang bertanggungjawab membawa oksigen ke tisu di dalam badan. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata dan kulit menjadi pucat.



Cara #13 Hilangkan Eyebag: Kurangkan garam
Makan terlalu banyak makanan juga boleh menjadi punca eyebag di mata anda. Garam boleh mengekalkan cecair di dalam badan dan ini juga meyebabkan mata bengkak. Pengambilam garam berlebihan juga boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung dan stroke.



Selamat mencuba! Moga car yang saya kongsikan ini dapat membantu menghilangkan eyebag kat mata!
#MisiHilangkanEyebag