7 Perkara Patut Anda Tahu dan Buat Selepas Bersalin Melahirkan Anak




7 Perkara Patut Anda Tahu dan Buat Selepas Bersalin Melahirkan Anak

Ada beberapa perkaran yang patut anda kena amik tahu sebelum bersalin melahirkan anak. Ini sebagai langkah persediaan awal untuk anda terutama bagi bakal-bakal ibu yang baru pertama kali bersalin.


1. Urutan badan
Selepas saja bersalin, anda perlu mengurut badan. Urutan mampu membantu mengembalikan kekuatan dan tenaga si ibu. Ini kerana dalam tempoh proses melahirkan anak, badan anda mengalami kesakitan. Jadi anda perlu berurut dengan segera.


2. Bengkak susu
Untuk si ibu yang baru pertama kali melahirkan, anda mungkin mengalami radang payudara atau bengkak susu. Keadaan ini biasa berlaku selepas 10 hari anda bersalin melahirkan anak.

Kenapa?
Ini kerana susu yang teralu banyak terkumpul dan lambat keluar hingga payudara jadi bengkak dan anda boleh demam. Lakukan tuamam untuk melegakan kawasan bengkak susu.

Lihat artikel >> Lecithin untuk bengkak susu


3. Kemurungan
Ramai si ibu yang ada masalah murung selepas melahirkan bayi. Contohnya seperti sukar tidur, kurang selera makan, keletihan, kesedihan, rasa gelisah, kerengsaan dan tidak boleh fokus.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa 85 peratus wanita mengalami masalah kemurungan sewaktu berpantang. Keadaan ini boleh menganggu kesihatan diri dan menjejaskan saat indah anda bersama dengan bayi anda.


4. Penambah susu
Anda boleh mengambil cekur manis, lobak putih, peris dan pegaga. Pengambilan yang kerap boleh membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

Lihat artikel :

10 cara/teknik penyusuan susu ibu yang betul

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

5 TIPS RANGSANG BANYAK SUSU IBU

 

5. Sumber tenaga
Semasa tempoh berpantang anda kerap untuk berasa letih dan tidur tidak cukup. Anda boleh mengambil makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh.

Contoh minum air rebusan serai, halia, kulit kaya manis dan lada hitam. 

Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan yang banyak di jual di pasaran. Tapu pastikan anda merujuk doktor dahulu.

Lihat artikel >> Set Ibu Berpantang


6. Sumber protein
Antara sumber protein yang baik adalah ikan segar seperti haruan dan selar. Misalnya ikan haruan digalak untuk anda yang bersalin ceasarean. Elakkan makan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk kerana boleh memberi kesan alahan.

Lihat artikel >> Suplemen protein terbaik untuk si ibu


7. Sumber penyembuhan
Bagi membantu luka bersalin anda cepat sembuh, makan buah oren yang kaya khasiat vitamin C. Ia tinggi antioksidan dapat membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga baik untuk sistmem imunisasi dan kesihatan badan anda.

Lihat artikel >> Kebaikan Vitamin C Plus Shaklee


Tapi anda tidak boleh makan sayuran jenis menjalar, berangin dan sejuk seperti kangkung, timun dan sayur keladi, bayam dan rebung. Ia untuk mengelak masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.


  • Info tambahan
1. Untuk wanita islam, anda perlu mandi hadas besar selepas bersalin (wiladah) iaitu sebaik selepas melahirkan. Anda boleh mandi dengan air suam.

2. Bagi yang bersalin ceasarean, anda boleh menutup jahitan dengan plastik untuk elak jahitan terkena air mandian.

3. Mandi hadas besar selepas kering darah nifas. Lepas darah nifas kering, anda berada dalam keadaan suci dan boleh bersolat.



Moga bermanfaat buat anda. Selamat berpantang Gee ucapkan buat yang bakal bersalin melahirkan anak nanti ya.



sumber: majalah pa&ma


Post a Comment

0 Comments