Kesan IF Kepada Badan, Apa Berlaku Setiap Jam Puasa

Kesan buat IF, intermittent fasting kepada badan kita dan apa yang berlaku setiap jam puasa. Panjang tajuk dia. Kalini Gee nak kongsikan apa yang berlaku pada badan bila buat IF atau berpuasa.

Kesan IF Kepada Badan

Bagaimana badan bertindak balas semasa buat intermittent fasting, IF?

Selepas makanan terakhir sebelum mula buat IF

  • Paras gula dalam darah akan meningkat
  • Insulin meningkat untuk membantu penyerapan guloksa makanan ke dalam tisu badan (untuk memberi tenaga kepada sel tubuh)
  • Insulin membantu menyimpan tenaga dalam bentuk GLYCOGEN (yang tersimpan di dalam hati dan otot). Glycogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

3 jam selepas makan

  • Kadar gula dalam darah akan meningkat
  • Badan masih memerlukan tenaga untuk sel-sel bekerja

9 jam selepsa makan

  • Pada masa ini paras gula dalam darah mula settle down
  • Insulin tidak lagi dilepaskan ke dalam badan
  • Beberapa hormon (termasuk Glycogen dilepaskan untuk membebaskan tenaga dari simpanan Glycogen).

11 jam selepas makan

  • Pada masa ini berlaku pembakaran lemak
  • Tenaga yang digunakan berterusan akan menyebabkan tenaga yang disimpan di dalam bentuk Glycogen habis
  • Jadi, badan akan melepaskan beberapa hormon untuk menukarkan lemak yang dibakar ke dalam bentuk Ketone.

14 jam selepas makan

  • Proses ketosis mula berlaku
  • Lemak yang dibakar / dipecahkan akan diproses di hati dan dilepaskan sebagai Ketone.

Ketone berfungsi sebagai:

  1. Membekalkan tenaga kepada jantung, otak, dan organ penting untuk terus bekerja
  2. Mengaktifkan sel saraf untuk menguatkan kapasiti intelektual
  3. Membentuk sel baru dari stem sel otak


16 jam selepas makan

  • Proses Autofagi mula berlaku
  • Autofagi ialah proses memecahkan protein dan komponen sel yang telah rosak (cell renewed and regenerated) untuk digunakan semula bagi menghasilkan tenaga.
  • Mula berasa lapar dan ada letih.
  • Tapi badan sudah mula serasi dan rasa lapar akan berkurang.

Autofagi penting untuk:

  1. Mencegah pembentukan sel kanser, penyakit berjangkit, penyakit imunologi
  2. Penghasilan sel baru yang sihat dan kuat
  3. Meningkatkan kesihatan kulit, elak kedutan, penuaan dan jerawat.
  4. Meningkatkan sistem imun badan.
  5. Melambatkan proses penuaan di dalam badan.
  6. Meningkatkan penghasilan baru sel otak dan sel saraf - meningkatkan prestasi otak, memori, kuasa fokus dan mood.


Tahukah anda? Menurut National Institutes of Health, berpuasa juga membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Kesan IF Kepada Badan

Banyak kesan baik dan manfaat berpuasa (IF) kepada kesihatan diri kita. Makin lama berpuasa, makin bagus. Tapi jangan terlalu memaksa diri. Buat IF ikut serasi dan kemampuan tubuh kita.

Paling minimun cuba buat dulu IF selama 12-14 jam. Bagi badan kita selesa dulu. 



Baca juga:











Post a Comment

12 Comments

  1. tq gee,insya allah kita cuba konsisten dengan IF

    ReplyDelete
  2. Saya tengah mengalami Anemia, InsyaAllah selepas baik saya cuba untuk amalkan IF

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan dulu mslh insomnia, try amik vit B, Vit C dan zat besi

      Delete
  3. Pernah juga mencuba IF, tapi tu lah susah nak bertaham lama ..

    ReplyDelete
  4. Rindu nak buat IF. Ntah sebab apa terbehenti aritu, padahal okay je bila buat IF. ada rezeki nanti buat balik IF

    ReplyDelete
  5. Ohh wow...for a non Muslims myself & joining my Muslims buddy to fast during puasa month , this is useful for me. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Bagus tipnya.. bila dah mula tak sedap badan macam ni, macam nak kena cuba juga buat IF ni.

    ReplyDelete
  7. Puasa memang baik untuk kesihatan .. tak dapat buat if... Dapat puasa sunat pun dah kira baik... 😅

    ReplyDelete
  8. Seronok if ni .. mula2 tak biasa lama2 dah biasa... utk sihat ok jer lau nak buat

    ReplyDelete