10 Tips Kulit Cantik Berseri

Tips untuk kulit cantik. Ada banyak tips dan petua untuk mendapatkan kulit cantik. Tapi kalini Gee nak kongsikan tips paling asas dan basic yang ramai dah tahu tapi tak ramai yang rajin nak buat.

tips kulit cantik


10 tips mudah untuk mendapat kulit cantik berseri dan sihat yang boleh anda amalkan setiap hari

1. Rajin minuma air
Bila anda cukup minum air, secara tak langsung kulit jadi lebih sihat sebabnya 64% kulit terdiri daripada air. Hasilnya, kulit jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Dan struktur kulit kita juga memerlukan air untuk berfungsi secara effektif termasuklah kolagen untuk menghasilkan kulit yang lebih berseri, sihat dan lembap.

air kosong untuk kulit cantik


2. Makanan 
Apa yang kita makan dalam seharian sangat penting. Yang terbaik anda boleh makan makanan seperti buah-buahan dan sayuran sebab ia kaya dengan anti-oksidan seperti Vitamin C, E, A dan beta karotena yang boleh membantu menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Tapi, kadang-kadang kita sukar jugak nak dapat semua vitamin mineral dari makanan harian, untuk tambahan boleh ambil suplemen bagi mencukupkan nutrisi dalam badan anda. Bila cukup nutrisi dalam badan automatik kulit kita juga akan kelihatan lebih berseri dan muda!

10 Tips Kulit Cantik Berseri


3. Sinaran matahari
Ramai yang tahu sinaran matahari penting untuk menghasilkan vitamin D tapi jika terdedah terlalu lama juga boleh merosakkan elastin kulit menjadikan kulit kita jadi kendur, kusam serta lebih mudah terluka. Sebaiknya, bila anda keluar, gunakan krim perlindung matahari. 


apakah sinar UVA dan UVB


4. Melembap dan melembap!
Pakai pelembap tak? Pelembap penting dan kita perlu guna pelembap selepas saja membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap. Cara ini adalah yang terbaik dan mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Lihat juga >> Pelembap muka YOUTH, Age Defense Moisturizer

5. Tidur yang cukup
Tahu tak masa kita tidur, paras hormon pertumbuhan akan meningkat dan ia mula bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Dan lebihan air di dalam badan kita pula digunakan untuk untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Dan bila kita tak cukup tidur pula akan menghasilkan sel yang tidak berkualiti yang akhirnya menyebabkan lebam di bawah mata, kulit kering, kulit kasar dan garis-garis halus mula terbentuk. Nak kulit cantik, anda kena cukup tidur setiap hari. 

Tidur cukup untuk kulit cantik


6. Posisi tidur
Tahu tak? Cara anda tidur juga boleh memberi kesan kepada kulit. Bagi anda yang suka tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, cara ini boleh menyebabkan muka cepat berkedut terutama di kawasan dahi atau pipi. Cuba ubah gaya tidur yang mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera, cara ini dikatakan dapat membantu mengurangkan kedutan. Nampak gaya cara kita tidur juga penting ni untuk dapat kulit yang cantik dan sihat selalu selain daripada tidur yang cukup. 

7. Jangan stress!
Bila kita stress, badan akan bertindak balas dan kulit jadi lebih sensitif. Sebab itu anda kena rajin bersenam untuk mengeluarkan peluh. Peluh adalah cara semula jadi tubuh kita menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, jika anda rajin bersenam ia membantu anda mengekalkan peredaran darah yang sihat dan kulit jadi berseri. 

tips kulit cantik
Tanda kulit kita stress

tips kulit cantik
Cara Kurangkan Stress Pada Kulit


8. Jangan sentuh muka!
Siapa yang suka pegang muka? Tahu kan tangan kita ni ada berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Sebab itu kita kena mencuci tangan sebelum menggunakan apa-apa produk penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita suka menggosok mata, mengusap dagu atau anda yang suka menekup pipi selalu. Lepas ini kena jauhkan tangan dari muka ok jika nak kulit cantik berseri-seri.

9. Urut muka?
Urutan penting untuk merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang bertugas dalam menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tapi pastikan anda menggunakan teknik urutan yang teratur untuk membantu merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit untuk meningkatkan seri wajah. 

10. Senaman muka
Tahu tak muka kita ada lebih daripada 50 jenis otot dan ia memerlukan kita untuk rajin membuat senaman muka. Cara untuk mendapatkan kulit cantik anjal, tegang dan gebu:
  1. Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat  dan kekal tenang. 
  2. Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang. 
  3. Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama  5 saat dan kekal tenang. 
  4. Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. 
  5. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang. 
Anda boleh mengulang senaman muka ini sebanyak 3 kali setiap hari untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. 

urutan muka untuk kulit cantik



Itulah 10 tips untuk mendapatkan kulit cantik dan berseri. Boleh anda amalkan lepas ini. Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam usaha untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit. Yang penting anda rajind dan konsisten setiap hari. Tu paling utama. 




Baca juga:

9 Tip Memilih Sunblock, Sunscreen Yang Terbaik untuk Kulit

Punca Dan Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat & Berkesan

20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?

Cara Mudah Menghilangkan Kulit Berminyak


Punca Pori Terbuka Dan Cara Mengecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Set Shaklee

Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan





Post a Comment

0 Comments