Seperti kita semua tahu, sekarang masih tiada lagi ubat atau vaksin untuk usaha mencegah wabak Covid-19. Satu dunia masih bertarung dengan wabak ini. Jadi, sebagai langkah awal dan mencegah dari terkena covid-19, kita sama-sama berusaha menjaga diri kita.
Yang menariknya, Gee terjumpa dan baca satu artikel yang disiarkan dalam bentuk PDF oleh KKM, ada satu kajian daripada pihak hospital, mereka menggunakan Vitamin C dalam usaha untuk mengurangkan tempoh pesakit berada di hospital. Maksudnya pesakit Covid-19 berpeluang untuk sembuh lebih cepat dengan bantuan Vitamin C.
Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19.
Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain.
Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
- dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan).
- hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / seddikit).
- 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation
- 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi.
Kita boleh nampak beza kumpulan yang ada mengambilan tambahan Vitamin C berbanding yang tak mengambil Vitamin C.
Kenapa Vitamin C?
Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi.
Oleh itu, Gee sarankan kita semua sama-sama mengambil makanan yang ada Vitamin C sebagai persediaan awal.
- Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan.
- Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik.
- Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell".
Ada banyak buah sayur tinggi vitamin C. Bagi Gee sendiri, Gee ada makan suplemen Vitamin C juga setiap hari. Sebagai usaha untuk pastikan imun badan lebih kuat lebih baik lagi-lagi masa wabak Covid-19 masih ada sekarang.
Rujukan artikel lengkap
Moga bermanfaat buat semua.
Baca juga:
klu tak sakit pun boleh ambil juga kan vitamin ni?
ReplyDeleteboleh, tiap hari gee mkn vitamin. masa sihat lagi bagus utk beri vitamin kat badan kita
DeleteBagus juga ambil vitamin C ni sebab boleh kuatkan imun kita
ReplyDelete