01 September 2021

Kebaikan Omega 3 Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

Kebaikan Omega 3 Untuk Ibu Hamil dan Menyusu | Asid lemak Omega-3 adalah lemak baik yang bermanfaat untuk kesihatan dan ini termasuk juga baik untuk ibu hamil dan sepanjang penyusuan. Sama seperti vitamin yang lain, Omega 3 juga boleh diamalkan oleh ibu dari peringkat awal kehamilan sehingga lepas bersalin dan penyusuan. 

Omega 3 shaklee untuk ibu hamil

Manfaat Omega 3 semasa ibu hamil

  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.
  • Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
  • Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi dalam tempoh ibu sedang hamil).

Manfaat Omega 3 untuk bayi semasa dalam kandungan

  • Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dalam kandungan dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.
  • Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan baik ketika didalam janin. 
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi dalam kandungan ibu.
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan bila lahir kelak.
  • Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa dalam tempoh trimester ketiga.
  • Menggalakkan perkembangan saraf otak janin.


Kebaikan Omega 3 untuk ibu lepas bersalin 

Bagi ibu lepas bersalain, Omega 3 membantu mengawal emosi ibu yang lebih stabil selepas bersalin. Mengelak kemurungan lepas melahirkan anak. 

Kebaikan Omega 3 untuk bayi lepas lahir

  • Membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin. DHA adalah komponen utama retina. Ia sangat penting untuk perkembangan penglihatan bayi yang lebih sihat dan baik. 
  • DHA juga penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
  • Omega 3 juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi lepas dilahirkan seperti kulit sensitif dan ekzema.
  • Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi-bayi. 
  • Meningkatkan koordinasi tangan-mata serta kepintaran bayi dan kanak-kanak.
  • Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
  • Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.


Banyak manfaat dan kebaikan Omega 3 untuk ibu dan bayi. Para ibu bolehlah mengambil asid lemak Omega 3 dari awal tempoh mengandung hingga lepas bersalin dan menyusu kerana ia juga memberi kebaikan secara tidak langsung kepada bayi. Vitamin untuk ibu sepanjang hamil.


Makanan yang kaya dengan Omega 3 contohnya,


Suplemen Omega 3 untuk ibu hamil - boleh lihat di sini, Omega Guard Shaklee


Baca juga:

Kebaikan Omega 3 untuk kulit, rambut dan kesihatan

Kebaikan Omega 3 untuk otak kanak-kanak

Kebaikan Omega 3 untuk kurus

Kebaikan Omega 3 untuk jantung



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 



4 comments: