9 Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul

Cara Diet Intermittent Fasting, IF Yang Betul. Sekarang dah makin ramai yang buat IF. Gee sendiri dah lebih 40 hari buat. Alhamdulillah setakat ni serasi dan suka buat.

Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul

Bagaimana cara buat diet intermittent fasting yang betul dan berkesan? Gee kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri dan hasil bacaan. 

Cara Buat Diet IF Yang Betul

1. Amik tahu dan baca dulu info berkenaan puasa IF ni. Bila dah baca baru senang dan semangat nak buat.

2. Set niat yang betul. Macam Gee buat untuk ikhtiar sihat, jaga makan minum. 

Boleh juga niat dan target untuk kurus tapi jangan terlaku fokus pada penurunan berat badan dulu. Fokus pada betulkan pemakanan dulu.

3. Buat ikut selesa masing-masing. Antara corak atau masa IF yang biasa ramai buat ialah;

  • 12 jam puasa, 12 jam makan
  • 14 jam puasa, 10 jam makan
  • 16 jam puasa, 8 jam makan
  • 18 jam puasa, 6 jam makan
  • 20 jam puasa, 4 jam makan

Banyak jenis kan? Boleh buat ikut kemampuan sendiri. Bagi yang baru mula cuba buat yang asas dulu 12:12. Dah ok rasa baru tambah lagi masa puasa IF tu.

4. Rajin minum air mineral / air kosong.

Ni kunci utama IF mesti rajin minum air kosong. Air kosong bila-bila masa boleh minum. Terutama masa IF bila sentiasa atau kerap minum air kosong banyak membantu mengawal rasa lapar.

5. Kurangkan hidangan makanan atau waktu makan.

Maksudnya biasa kita makan banyak kali tapi bila buat IF jadi makin kurang.

Contoh cara Gee buat IF;

  • Pagi - sarapan atau minum protein shake (Gee suka minum protein shake ESP/CINCH/ELDERBERRY sebab bantu kenyang lebih lama sampai ke pagi esok)
  • Tengah hari - makan lauk macam biasa
  • Petang - sebelum IF Gee makan dulu atau minum protein shake
  • Malam - ni Gee dah skip sebab dah mula puasa IF

6. Downlod aplikasi IF

Ni penting membantu kita mengira berapa jam dan hari puasa. Boleh guna mana-mana aplikasi. Gee guna applikasi dua ni,

  • Fastic
  • Fasting Tracking

7. Pantang Makan

Maksudnya elak makan makanan yang tinggi gula dan manis, makanan segera, ais krim dan coklat semua tu. Boleh buatkan paras insulin meningkat dan menganggu proses puasa IF. 

8. Ambil tambahan suplemen

Untuk bantu intermittent fasting yang lebih baik dan lebih tahan lama, Gee juga ada mengambil tambahan suplemen. Antara suplemen yang Gee ambil untuk membantu IF,

Minum protein shake - ESP, Cinch Shake, Life Shake Elderberry. Semua boleh minum dan banyak bantu Gee beri rasa kenyang lebih lama, jadi meal replacement juga. Biasa Gee akan minum masa bukak puasa IF atau sebelum mula IF. 

Life Shake Shaklee Untuk IF

Tea mix - teh yang membantu beri tenaga, tingkatkan metabolisme badan, bantu Gee anjakkan buat IF lebih lama masa. 

Vivix Shaklee Untuk IF
Vivix campur Tea mix. Gee suka minum sejuk

Vivix - minuman yang bantu beri tenaga, tinggi antioksidan, bantu baiki sel-sel DNA dalam badan. Gee suka minum Vivix campur bersama tea mix. 

Alfalfa - agen detoks, membantu menyingkirkan toksin dari badan, meneutralkan makanan yang berasid, buang angin. Alfalfa biasa Gee ambil lepas makan tengah hari.

Promosi Set IF (Set ini sesuai untuk buat IF)

Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul

Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul

Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul

9. Cari grup atau kawan buat IF sama. Ni penting supaya ada rasa semangat dan konsisten nak buat IF tu nanti.


Ok itulah 9 cara diet IF yang betul dan diharap dapat membantu korang dapat buat intermittent fasting dengan lebih baik dan mudah. 


Baca juga:










Post a Comment

12 Comments

  1. Dah rasa dah if .. bila dah biasa sarapan pun dah tak lalu nak amik .. eee

    ReplyDelete
  2. Bagus ada info macam ni. Tapi itulah.. entah bilanya nak mula berdiet nih. Dok nampak lauk pauk pun dah gagal.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, moga bermanfaat. boleh mula je dulu. mkn lauk tu try lunch, mlm jgn makan dah

      Delete
  3. waa menariknya nak try la cari apps tu

    ReplyDelete
  4. Alahai, bila nak buat ni? Mcm.nak try juga, tapi maybe lepas habis breastfeeding anak la kot atau once baby dah start makan ..

    ReplyDelete
  5. Oh now I learn much more about intermittent fasting from your detailed sharing here. I'm interested to start my journey for a healthier me. Saved this as my journey guidance. Thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. menu-menu yang dikongsikan untuk IF tu sangat mudah nak buat, bagus jika diamalkan, tq sharing

    ReplyDelete
  7. wah,tq gee! Sangat membantu info2 disini.Elok lah untuk yang baru berjinak macam yong

    ReplyDelete